#Bajet2023: Diskaun bayaran balik PTPTN



Kerajaan akan menawarkan diskaun untuk pembayaran balik pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dalam tempoh enam bulan mulai 1 Nov tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini berkata, diskaun berperingkat disediakan.


  • Penyelesaian penuh - diskaun 20 peratus
  • Penyelesaian separuh - 15 peratus diskaun
  • Daftar untuk pembayaran melalui potongan gaji automatik - diskaun 15 peratus.

Mereka yang lulus dengan kepujian kelas pertama pula akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN.



Join our Telegram Channel
Telegram