#Bajet2023: Kakitangan awam dapat kenaikan bonus Aidilfitri RM600



Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 hari ini, berkata mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac tahun depan.

Dia juga mengumumkan beberapa habuan untuk penjawat awam.

Antaranya, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan mengurangkan kos pembiayaan bagi penjawat awam yang membeli komputer dan telefon pintar kepada dua peratus setahun, turun berbanding 4 peratus ketika ini.

Guru yang telah berkhidmat lebih 10 tahun layak mendapat cuti khas selama 15 hari, berbanding lima hari ketika ini. Ini dijangka memberi manfaat kepada 500,000 guru.


Semua penjawat awam dari Gred 11 hingga Gred 56 pula akan menerima kenaikan khas RM100 manakala mereka bawah Gred 56 akan menerima wang tunai RM700 manakala pesara penjawat awam menerima RM350.

“Bersama dengan kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500 ringgit,” katanya.



Join our Telegram Channel
Telegram