Bagi membantu belia B40 yang menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing, Menteri Kewangan Tengku Zafrul bdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata kerajaan bersetuju menanggung bayaran lesen di bawah program MyPSV serta bayaran lesen memandu motosikal kelas B2.
"Kerajaan juga bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 (bagi golongan B40).
“Bagi menggalakkan belia bekerja, Skim Tekun Belia Mobilepreneur diteruskan dengan dana RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” katanya.
Sementara itu, dia turut mengumumkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang membantu belia mendapatkan pakej prabayar langganan pelan data Internet dengan RM30 bagi tempoh tiga bulan dilanjutkan hingga April 2023.
Selain itu, katanya, dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berusia 21 tahun ke atas di negara ini bakal menerima manfaat program kredit e-dompet, e-Pemula yang akan dinaikkan jumlah kredit kepada RM200 tahun depan.
Tengku Zafrul berkata program itu diteruskan melibatkan peruntukan RM400 juta dan kenaikan daripada jumlah asal kredit RM150 adalah sebagai usaha penambahbaikan.
Selain itu, dia berkata inisiatif penggajian di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut disediakan kepada majikan yang menggajikan beliau berumur 18 hingga 30 tahun yang mengganggur lebih tiga bulan.
“Inisiataif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang mengambil graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, sejumlah RM305 juta tersedia sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), Mara (Majlis Amanah Rakyat), BSN (Bank Simpanan Nasional) dan Agrobank,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- #Bajet2023: Bayaran BKM naik sehingga RM2,500
- #Bajet2023: Bantuan awal persekolahan naik kepada RM150
- #Bajet2023: Kerajaan tanggung kos lesen teksi, bas dan e-hailing B40, e-Pemula naik ke RM200
- #Bajet2023: Diskaun bayaran balik PTPTN
- #Bajet2023: Ibu penerima BKM lahirkan anak dapat RM500
- #Bajet2023: Kakitangan awam dapat kenaikan bonus Aidilfitri RM600
- #Bajet2023: Elaun sara hidup JPA bagi pelajar, pegawai naik RM100
- #Bajet2023: Guru Kafa, imam, bilal, siak, noja terima bayaran khas RM500
- #Bajet2023: Melancong dalam negara dapat diskaun, baucar, rebat hingga RM100
- Apa yang ditawarkan dalam #Bajet2023 berjumlah RM372.3 bilion?
Join our Telegram Channel