Penyandang ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa bekas
perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah meminta pertolongan dengannya
kerana tidak tahan dengan Amanah dan DAP.
Bagaimanapun kata ketua Umno bahagian Putrajaya itu, dia tidak sanggup
mengkhianati kepercayaan rakyat dan parti selepas diajak untuk meninggalkan
Umno.
"Bila mereka (PH) menerajui kerajaan selama 22 bulan, Dr Mahathir diangkat
menjadi perdana menteri sedangkan hanya topeng dan boneka sehinggakan dia
meminta saya untuk membantunya serta meninggalkan Umno.
"Come here help me, i can’t stand with the cabinet. I can’t take it from
DAP and Amanah. Mahathir sendiri give up dengan mereka.
"Saya kata, no. Saya tak nak jatuhkan Umno, tak reda saya. Nak
mengkhianati lambang parti, saya tak reda. Bukan kerana dia bagi apa-apa
kepada saya tetapi disebabkan datuk nenek moyang saya dahulu dalam pertubuhan
ini telah memberikan kesenangan sehingga membentuk kerajaan yang stabil,"
katanya dipetik daripada laporan Umno Online.
Tengku Adnan juga dikenali sebagai Ku Nan berkata demikian ketika menyampaikan
ucapan perasmian mesyuarat Umno bahagian Putrajaya pada Ahad lalu.
Tambahnya, keadaan negara kucar-kacir ketika PH mengambil alih kerajaan dan
berlanjutan sehingga ke hari ini.
"Kita dah rasa 22 bulan yang kelam kabut dan ia berlarutan sehingga ke hari
ini. Terumbang-ambing rakyat dan negara. Selama 17 bulan ditadbir pula oleh
Perikatan Nasional (PN) pun sama.
Join our Telegram Channel