ROM, Itali – Pemimpin gereja Roman Katholik, Pope Francis mengaku bahawa
sebilangan paderi dan birawati kerap menonton video lucah di internet, lapor
portal berita MailOnline semalam.
Beliau memaklumkan perkara itu ketika berucap kepada ahli-ahli seminar di Rom
pada Isnin lalu sambil berkata, bahan lucah di internet adalah ‘maksiat’ yang
selalu dikongsikan antara ahli gereja.
“Ia adalah bahan maksiat yang dimiliki orang ramai, orang awam, paderi dan
birawati. Saya tidak bercakap mengenai jenayah pornografi melibatkan penderaan
kanak-kanak tetapi bahan lucah yang ‘normal’.
“Saudara-saudari yang dikasihi, berhati-hatilah tentang perkara ini,” demikian
amaran Pope Francis kepada mereka.
Paderi dan biarawati Katholik dilarang menonton bahan pornografi, dengan
doktrin Katekismus mentakrifkan imej seksual sebagai ‘kesalahan terhadap
kesucian’ di bawah artikel 2354.
Pada tahun 2020, akaun Instagram Pope Francis kelihatan ‘memberi tanda suka’
pada gambar seorang model Brazil berbikini yang memakai stoking dan seluar
dalam.
Model itu, Natalie Garibotto berkata, akaun Franciscus yang disahkan adalah
antara beribu-ribu yang menyukai imejnya setelah dimuat naik pada 5 Oktober
lalu.
Akan tetapi, akaun itu kemudiannya ‘tidak menyukai’ foto itu, sejurus sebelum
Vatican City berkata, pihaknya sedang melancarkan siasatan.
Join our Telegram Channel