Keputusan UMNO memecat dan menggantung keahilan beberapa ahlinya dibuat secara kolektif dan musyawarah demi kepentingan parti semata-mata.
Tiada mana-mana individu berkepentingan disebalik keputusan itu, malah inilah tindakan yang diputuskan bersama demi kemaslahatan UMNO.
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kemuafakatan, kebersamaan serta perpaduan UMNO bergerak sehati sejiwa perlu diperkasakan.
Sebarang anasir yang boleh memecahbelah atau mengganggu-gugat ditangani sebaik mungkin dengan respons sewajarnya.
Begitu juga terhadap anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepimpinan parti yang menjadi benteng kepada perjuangan UMNO.
Jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian.
Bukan saja UMNO, badan politik lain juga melakukan tindakan yang sama bagi memastikan institusi kepimpinannya dihormati.
Seperti saya katakan kini bukan masa untuk menoleh. UMNO telah mengambil tindakan dan keputusan bersama demi kepentingan parti ini.
Apa yang telah berlaku suatu penegasan oleh parti bahawa UMNO tidak pernah tentang individu. UMNO adalah mengenai rakyat dan negara.
UMNO sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang.
Gerak kerja PRU-15 menjadi fokus utama sehingga tiba tarikh penting itu. UMNO akan terus mara demi rakyat Malaysia!
– Ahmad Zahid Hamidi
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel