Jakarta: Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami
isteri muda di Indonesia, maut.
Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di kawasan
Karangpandan, Karanganyar, Jawa Tengah ketika kakitangan hotel membuat
pemeriksaan selepas menyedari mereka terlewat mendaftar keluar, Isnin lalu.
Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar,
Bripka Aditya Prima Sakti mengesahkan, pasangan masing-masing berusia 30 dan
27 tahun yang berasal dari Mojosongo, Kota Solo itu baharu saja bernikah
beberapa minggu lalu.
Katanya, mereka membuat tempahan untuk menginap di hotel itu pada 4.30 petang,
Sabtu lalu.
"Mengikut maklumat kakitangan hotel, pasangan itu sempat memohon untuk
memanjangkan tempoh masa penginapan mereka sehingga 4 petang, Ahad.
"Namun, pada keesokannya, kedua mereka tiada khabar sehingga kakitangan hotel
membuat pemeriksaan dan menemukan kedua-duanya sudah meninggal dunia,"
katanya.
Katanya, bedah siasat mendapati tiada tanda-tanda kekerasan pada tubuh badan
mangsa.
"Kedua-duanya meninggal dunia kerana disyaki terlalu banyak mengambil ubat
kuat sehingga mengakibatkan denyut jantung laju dan pembuluh darah pecah
sebelum meninggal dunia.
"Punca kematian ini diperkukuhkan lagi dengan barang bukti iaitu sisa ubat
kuat yang diminum mereka yang ditemukan di bilik hotel itu.
"Sebuah botol suplemen atau 'ubat kuat' ditemukan kosong serta satu satu strip
ubat kelihatan terbuka dan sudah digunakan," katanya. – Hmetro
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel