PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, susulan pembubaran Parlimen.
Tetapi katanya, DUN di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor tidak perlu dibubarkan.
Sabah mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada September 2020, manakala Melaka dan Sarawak pada November serta December 2021 dan Johor mengadakan PRN pada Mac lalu.
Ismail berkata, PRN patut diadakan serentak kerana ia akan melicinkan proses demokratik, menjimatkan kos dan mengelakkan rakyat dibebani satu lagi pilihan raya tahun depan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel