PU Azman muncul selepas sebulan ‘hilang’, makin cengkung



KUALA LUMPUR – Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya muncul dengan memuat naik sekeping foto di Instagram semalam yang memaparkan dia menghadiri sebuah acara kenduri selepas sebulan menghilangkan diri di media sosial.

Menerusi foto berkenaan, PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, dilihat sedang berdiri bergambar dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya.

Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian pengikutnya, fizikal pendakwah bebas itu yang memakai kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam kelihatan agak cengkung daripada kebiasaan.


Kali terakhir Pu Azman memuat naik posting di Instagram pada 3 September lalu.

Malah ramai peminat meluahkan rasa rindu dengan gurau senda dan tazkirah serta perkongsian ilmunya di radio.

Ini kerana peminat turut tertanya-tanya mana menghilangnya PU Azman selepas dia juga tidak muncul menerusi segmen agama di Suria FM. – MG




Join our Telegram Channel
Telegram