Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid dan Senator Lim Hui Ying merupakan dua
muka baru yang dipertaruhkan DAP Pulau Pinang untuk bertanding dalam PRU15.
Syerleena akan bertanding di Bukit Bendera menggantikan penyandang Wong Hon
Wai manakala Hui Ying, adik kepada bekas ketua menteri Lim Guan Eng akan
bertanding di Tanjung.
Penyandang kerusi parlimen Tanjung Chow Kon Yeow berpindah ke Batu Kawan bagi
mengambil alih daripada Kasthuri Patto yang memutuskan untuk berundur.
Adik Lim Guan Eng, Lim Hui Ying. |
Empat lagi kerusi akan ditandingi penyandang ahli parlimen - iaitu Bagan (Lim
Guan Eng), Jelutong (RSN Rayer), Bukit Mertajam (Steven Sim Chee Keong) dan
Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh).
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pada Majlis
Konvoi di Karpal Singh Drive.
“Senarai calon telah diluluskan sebulat suara oleh jawatankuasa pemilihan
negeri dan pusat, justeru tidak perlu ada pertikaian.
"Lim Hui Ying akan meletakkan jawatan senatornya tidak lama lagi dan
digantikan oleh wakil masyarakat India," kata Loke. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel