Seorang AJK Pemuda UMNO Ketereh ditembak



KOTA BHARU - Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Ketereh yang menjadi mangsa tembakan dalam kejadian di tepi Jalan Aur Duri, Kampung Seberang, Pasir Mas, Salor, di sini, pada Sabtu, masih ditidurkan.

Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata, bagaimanapun keadaan mangsa yang berusia 30 tahun itu tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.

“Keadaan abang ipar pada petang ini semakin baik dan sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan.


“Alhamdulillah dia stabil, bagaimanapun masih perlu ditidurkan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Isnin.

Katanya, hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam menyebabkan mangsa yang juga sukarelawan polis itu cedera di paru-paru kiri.


Susulan itu, polis menahan reman seorang lelaki berusia 35 tahun selama lima hari berkuat kuasa Ahad hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – Sinar

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram