Tadi terbaca pasal pasangan suami isteri yang didakwa terlibat dengan agensi
perisikan Mossad Israel.
Depa telah disyaki direkrut sebagai 'merceneries' (tentera upahan) bagi agensi
perisikan tersebut untuk buat on the ground work termasuk covert-Ops menculik
aset² Hamas di Malaysia.
Dan untuk kes yang depa kena dakwa pada Jumaat lalu, depa sebenarnya telah
caught red handed sedang interrogate individu yang Mossad percaya membangunkan
aplikasi untuk Bridged Al-Qassam.
Kalau ikut news, depa culik mangsa kat Yap Kwan Seng, awal nak culik dua
orang, tapi dapat sorang saja, dan bukan yang utama pulak tu, bawak lari
Langat, dan masa polis serbu, depa tengah siasat mangsa yang diculik sambil
berVC dengan orang yang disyaki handler depa dari Mossad.
Cuma yang menariknya cerita ni, sang isteri adalah ring-leader bagi chapter
ni, diikuti oleh suami sendiri dan 9 orang lelaki yang lain lingkungan umur
39-41 tahun.
Nampak depa ni memang aktif gila medsos, anak-anak minat main push-bike siap
main kat Thailand semua. Comel anak-anak depa.3 orang princess.
Oh satu benda yang stand out, depa ni suka jalan-jalan Europe, merata pi,
Itali, UK, France, Andorra DLL.
Aku perasaan yang suami dia ni PS, personal shopper barang barang luxury.
Siapa pernah pergi Milano or Paris confirm perasaan gambar-gambar butik tulah
depa selalu shopping.
Dan kalau hangpa scroll beg beg dia dan bini dia pakai memang high end, lebih
10k ke atas, nampak dah lama dia buat kerja ni, start dari Yeezy, Le Creusset,
helmet AGV sebelum menapak ke designer brand macam LV dan Gucci.
Malah kalau ikut insta selain barang mewah depa juga jual set Al-Quran dan
rehal exclusive.
Cuma bini dia lah ada dialah ada sus sikit, sebab dia share dia kerja P.I,
penyiasat persendirian dan ada up kursus dan sijil yang berkaitan dengan kerja
dia.
Dan benda yang aku rasa akan penuh timeline harini adalah depa sebagai
penyokong parti mata lebam, banyak jugak lah gambar dengan bendera mata lebam,
siap ada jadi profile photo yang ada badge tu, dan kat IG banyak kali dikibar
diserata Europe masa depa berjalan. Malah masa parti tu menang PRU, siap kibar
dengan anak dia dekat London.
Secara peribadi bagi aku tak fair untuk cop depa sebagai die hard fan, sebab
2018, tu tahun euphoria, sapa nak konten, nak likes memang itu makanan dia.
Takkan dah lupa gambar famous nurse dekat Putrajaya malam PRU-14?
Tapi politics being politics, mesti ada yang akan score point..aku rasa benda
ni akan jadi hightlight dua tiga hari ni. Nak buat macamana.
Akhir kata, melihatkan posting-posting depa, rapat dengan mak dan adik beradik
depa, hardwork depa, dan paling utama kasih sayang yang ditunjukkan kepada
anak-anak depa, jauh disudut hati aku, aku betul-betul harap ada salah faham,
mungkin terkhilaf skop kerja atau apa apa sajalah..Bukan apa sebab kalau
sangkut 124KK boleh kena penjara seumur hidup.
Tak boleh bayang nasib anak-anak depa kalau jadi camtu.
Kasihan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mossad rekrut wanita tempatan jadi perisik Israel di Malaysia, dibayar RM120 ribu
- [Video] Tular wajah suami isteri ejen Mossad Melayu rupanya orang PKR
- Pengarang kumpulan NST dipanggil polis berkaitan pendedahan artikel Mossad menculik lelaki Palestin
- Fahmi nafi suami isteri ejen Mossad ahli PKR
- Suami isteri ‘ejen Mossad’ suka jalan shopping di Itali, UK, France, Andorra
Join our Telegram Channel