Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Muhyiddin tolak



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendedahkan Yang di-Pertuan Agong mencadangkan gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata dia menolak cadangan itu kerana ia bertentangan dengan pendirian gabungan itu.

"Kami telah bincang sejak awal. Tak akan kerjasama dengan PH. Apa tujuan sekali pun, tak setuju.


"Jadi saya diminta tandatangani surat - saya tanda 'tak setuju' untuk kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara petang tadi.

Muhyiddin juga menunjukkan surat untuk membuktikan bahawa akuan bersumpah (SD) telah diterima oleh setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong. – Mkini




Join our Telegram Channel
Telegram