PETALING JAYA: Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Annuar Musa memaklumkan beliau tidak dijemput ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini.
“Setakat ini saya tiada jemputan itu,” katanya pada sidang media.
Gelanggang politik BN di Kelantan yang sebelum ini “suram” bertukar kecoh apabila Annuar dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusinya pada PRU15.
Pada PRU14, Annuar berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,626 undi menewaskan calon PAS (Wan Ismail Wan Jusoh) dan Bersatu (Radzi Jidin).
Mengulas senarai nama Ahli Parlimen yang digugurkan tersebar, beliau mengakui namanya antara 12 yang tersenarai.
“Ya, ada 12 nama kena ‘pancung’ termasuk nama saya, itu saya akui dan saya tak nafikan, buat apa kita bersembunyi. Tetapi saya okay saja, tiada masalah kerana mereka (parti) masih berunding, saya tak mahu mendahului parti,” katanya.
Bagaimanapun, beliau yang juga menteri komunikasi dan multimedia menegaskan pendiriannya kekal tidak melobi atau merayu jika tidak dicalonkan di Parlimen Ketereh pada PRU15.
“Pesan saya, jangan panik, jangan gelabah seolah-olah jadi calon itu adalah segala-galanya sebab kalau kita nak sesuatu tetapi tak dapat…jiwa akan sakit.
“Kalau parti tak bagi atau presiden tak bagi itu proses yang semua orang kena lalui takkan kita nak jadi Ahli Parlimen selama-lamanya. Kita kena terimalah,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- #PRU15: Shahidan kekal, Zahidi, Annuar Musa digugurkan?
- Penyokong ugut kalahkan Arau jika Shahidan tak dicalonkan
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau, Annuar kata nama kena 'pancung'
- Annuar akui tak dijemput ke majlis umum calon BN
- Kalau tak dicalonkan, pilihan banyak, PAS, Bersatu pun parti kerajaan – Annuar Musa
- #PRU15: Tular senarai nama calon BN Perlis
- #PRU15: PN tak akan beri laluan kepada Annuar di Parlimen Ketereh
Join our Telegram Channel