KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memohon untuk menangguhkan sembah menghadap yang dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, esok.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Won dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan malam tadi yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebentar tadi.
“Kita minta pengangguhan, kita meneliti banyak perkara, kedudukan parti macam-macam. Pilih mana satu (parti) belum buat keputusan. Kalau boleh kita minta tangguh sebab kita dah minta istana.
“Kita teliti beberapa perkara lagi. Kita minta istana boleh tangguh atau tidak. Setiausaha agung (BN) dah maklumkan tadi kalau tangguh-tangguhlah,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkata, parti masih lagi dalam tempoh bertenang dan setakat ini masih belum ada sebarang keputusan yang muktamad.
“Kita dalam ‘cooling period, kita bertenang kita tidak membuat apa-apa keputusan, bincang ada tapi keputusannya kita bertenang, bertenang daripada memikir.
“Kita ada 30 sahaja kenapa kita yang huru hara,” katanya.
Bung bagaimanapun tidak mendedahkan intipati mesyuarat malam tadi, namun tegasnya parti masih kekal dengan pendirian untuk tidak memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).
Awal hari ini, Sultan Abdullah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN datang menghadap secara individu pada jam 10.30 esok.
ARTIKEL BERKAITAN:
- DAP tak ada masalah bentuk kerajaan dengan BN – Guan Eng
- MP GPS buat ‘U-turn’ sokong Anwar jadi PM?
- Kenyataan anti-Kristian: Muhyiddin tak layak jadi PM, orang Sarawak bimbang kerjasama dengan PAS
- PN tak dapat bentuk kerajaan tanpa BN meskipun disokong GPS
- GPS tunggu BN pilih PN atau PH sebelum putus rakan kongsi
- BN tak sokong PH, PN, kekal jadi pembangkang, kata Ismail
- Agong tahu semua MP BN tak sokong Muhyiddin jadi PM
- Tak cukup sokongan: Istana perintah ketua PH, PN menghadap
- Jawatan PM masih kosong dan masih terbuka – Anwar
- Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Muhyiddin tolak
- Dewan Tertinggi BN bermesyuarat malam ini, tandatangani SD – Anwar
- BN dalam tempoh bertenang, mohon tangguh menghadap Agong
- Polis Perak sahkan dakwaan 'rusuhan' di pejabat UMNO Lenggong adalah palsu
- 23 Ahli Parlimen GPS diminta menghadap Agong
- 30 MP BN terus ke Istana Negara
- Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Ahli Parlimen BN di St Regis untuk dengar cadangan PN
- Presiden MIC sahkan Zahid hantar surat ke istana sokong Anwar, cukup kerusi PH-BN bentuk kerajaan
- Asyraf: PH lebih ‘gentleman’, PN ‘deal’ senyap-senyap curi MP BN, hari ini baru nak jumpa depan-depan
- Kami akan patuh titah Agong tubuh kerajaan perpaduan, kata pemimpin GPS
Join our Telegram Channel