Assalamualaikum dan Salam Maju Johor
Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, di mana orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah.
UMNO dan Barisan Nasional hanya menang 9 kerusi Parlimen di Johor sementara itu, kita tidak memenangi satupun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu.
Walaupun pahit untuk ditelan, pemimpin UMNO termasuk saya sendiri perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 semalam.
Ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi terkorban kerana kita tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi.
Kita semua perlu berani membuat perubahan kearah kebaikan demi masa depan Parti ini.
Usaha untuk memulih dan memperbaiki parti ini perlu bermula sekarang. Jika kita tidak berubah sekarang, kita tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang.
Oleh itu, dengan rasa penuh hormat dan takzim, saya memohon supaya YB Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak telah berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai presiden pada 2018.
InsyaAllah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti UMNO yang kita semua cintai ini.
Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan InsyaAllah, perjuangan ini akan diteruskan.
Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor
ARTIKEL BERKAITAN:
- #PRU15: Tiada parti peroleh majoriti mudah kerusi Parlimen, kata Pengerusi SPR
- Calon heavyweight yang tewas #PRU15
- #PRU15: Rekod terburuk BN
- BN kalah teruk #PRU15, MB Johor gesa Zahid letak jawatan
- 369 calon hilang wang deposit termasuk Dr M, Mukhriz
- PRU15: PN mungkin gabung BN, GPS dan GRS bentuk kerajaan
- Muhyiddin, Hadi bertemu Abang Johari bincang tubuh k'jaan
- Ketua penerangan Umno pula gesa Zahid berundur
- Akar umbi Umno gesa Zahid, Tok Mat berundur
- Kalau letak jawatan semua lah...bukan presiden saja – Bung Moktar
- #PRU15: Senarai penuh pemenang kerusi Parlimen
- Jangan takut, mari jadi pembangkang, kata Isham
Join our Telegram Channel