BN, PH setuju bentuk kerajaan di Perak, MB kekal



BN, PH setuju bentuk kerajaan di Perak

11.15am: BN dan PH di Perak mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri.

PH menang 24 kerusi DUN di Perak manakala BN memperoleh 9 kerusi pada PRU baru-baru ini. Perikatan Nasional pula menang 26 kerusi daripada jumlah keseluruhan 59 kerusi DUN. – Mkini


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju bekerjasama bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

Perkara ini disahkan oleh PH.

Pada pilihan raya umum, PH memenangi 24 kerusi DUN di Perak, diikuti Perikatan Nasional dengan 26 dan BN dengan sembilan. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram