BN tak sokong PH, PN, kekal jadi pembangkang, kata Ismail



Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Ahli parlimen Bera itu berkata BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.

"Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.


"BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun sosial medianya.

Presiden MIC SA Vigneswaran dan timbalannya M Saravanan turut memaklumkan perkara sama.

“Kami tidak memilih sesiapa (sama ada PH atau PN). BN sedia menjadi pembangkang,” kata mereka ketika ditemui di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram