Kuala Lumpur: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengajak orang ramai mengikuti perkembangan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dijadual berlangsung malam ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Anwar yang juga Presiden PKR menerusi entri di laman Facebook, sebentar tadi.
"Ikuti perkembangan terkini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini.
"Difahamkan, ahli BN akan bermesyuarat sekali lagi dan menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong calon Perdana Menteri ke-10," katanya.
Difahamkan, mesyuarat Dewan Tertinggi BN diadakan sekali lagi selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan 30 Ahli Parlimen gabungan itu menghadap baginda esok bagi membolehkan baginda membuat keputusan melantik Perdana Menteri ke-10.
Terdahulu, Ahli Parlimen BN dilaporkan selesai bermesyuarat membincangkan isu pembentukan kerajaan dan calon Perdana Menteri Ke-10, sama ada menyokong PH, Perikatan Nasional (PN) atau menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.
Beberapa Ahli Parlimen yang diminta mengulas hasil pertemuan lebih sejam itu bagaimanapun menutup mulut ketika ditanya jika ada calon Perdana Menteri diputuskan untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum jam 2 petang tadi.
PH dan PN adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi pada PRU15, Sabtu lalu.
PH memperoleh 82 kerusi, manakala PN 73 kerusi, masing-masing tidak cukup untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- DAP tak ada masalah bentuk kerajaan dengan BN – Guan Eng
- MP GPS buat ‘U-turn’ sokong Anwar jadi PM?
- Kenyataan anti-Kristian: Muhyiddin tak layak jadi PM, orang Sarawak bimbang kerjasama dengan PAS
- Dulu ‘Asal bukan Umno’, kini ‘Asal bukan Pas’
- PN tak dapat bentuk kerajaan tanpa BN meskipun disokong GPS
- GPS tunggu BN pilih PN atau PH sebelum putus rakan kongsi
- BN tak sokong PH, PN, kekal jadi pembangkang, kata Ismail
- Agong tahu semua MP BN tak sokong Muhyiddin jadi PM
- Tak cukup sokongan: Istana perintah ketua PH, PN menghadap
- Jawatan PM masih kosong dan masih terbuka – Anwar
- Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Muhyiddin tolak
- Dewan Tertinggi BN bermesyuarat malam ini, tandatangani SD – Anwar
- BN dalam tempoh bertenang, mohon tangguh menghadap Agong
Join our Telegram Channel