Aktivis sosial Haris Ibrahim, yang lebih dikenali sebagai pengasas gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), percaya bahawa sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia menyedari bahaya ideologi PAS.
Ketika ditanya mengenai Pakatan Harapan (PH) mengadakan rundingan dengan BN, Haris berkata: "Asalkan bukan PAS.
“Nampaknya PH terpaksa beralih kepada Umno/BN untuk mengelak kerajaan yang dikuasai PAS, itulah yang akan berlaku jika PN dibenarkan menerajui pembentukan pentadbiran baru.
"Saya telah menyentuh dua elemen mengenai politik perpecahan negara. Satu etnik. Satu lagi agama dan PAS mewakili yang paling berbahaya," katanya.
Sambil merujuk kepada pemerintahan PAS di Kelantan, Haris memberi amaran bahaya sekiranya parti itu berkuasa.
"Tunjukkan kepada saya sebuah negara di bawah Talibanisme yang progresif. Tidak ada.
"Mereka akan memperbodohkan penduduk yang mereka tadbir dan kita tidak mampu menanggung ini," kata Haris sambil menyorot ekonomi yang tidak stabil, perkahwinan bawah umur dan kepolisan moral.
Perebutan untuk membentuk kerajaan berlaku selepas pilihan raya umum (PRU) ke-15 pada Sabtu berakhir dengan parlimen tergantung.
PH mempunyai 82 kerusi, manakala BN mempunyai 30 kerusi. Kedua-dua gabungan bertemu di Hotel Seri Pacific hari ini bagi merangka persetujuan untuk bekerjasama.
PH dan BN telah pun bergabung untuk menyelesaikan dewan undangan negeri tergantung di Perak dengan Saarani Mohamad dari BN mengekalkan jawatan menteri besar, manakala kerajaan BN-PH juga dilapor sudah dimuktamadkan.
Yang di-Pertuan Agong telah melanjutkan tarikh akhir untuk calon perdana menteri membuktikan majoriti hingga 2 petang Selasa.
Haris menegaskan bahawa Malaysia adalah negara berbilang agama, etnik dan membenarkan mana-mana kumpulan tertentu menentukan masa depan seluruh negara berdasarkan tafsiran konservatif agama adalah resipi bencana.
Haris berkata usaha ABU berhasil kerana sokongan terhadap BN kini berkurang.
"Tengoklah hasilnya. BN hanya mendapat 30 kerusi. Dalam erti kata, kempen ABU selama ini akhirnya membuahkan hasil. Sekarang kita akan masuk ke mod 'Asalkan Bukan PAS'," katanya.
Haris menambah adalah ironi bahawa Umno adalah parti yang 'menetapkan' kerusi supaya undi luar bandar lebih kuat daripada yang sepatutnya tetapi tiba-tiba PAS yang mendapat manfaat.
Haris juga memuji Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana berkata eksekutif tidak akan campur tangan dalam kes mahkamah, bagi menangani kembimbangan penyokong PH yang menganggap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mungkin akan cuba mendesak campur tangan kes mahkamahnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- #PRU15: PH, BN adakan pertemuan hari ini – Sumber
- Pemimpin PH, BN tiba di hotel untuk mesyuarat
- Gambar perjumpaan BN-PH tertiris
- Agong perkenan parti gabungan kemuka calon PM esok
- DAP tak ada masalah bentuk kerajaan dengan BN – Guan Eng
- MP GPS buat ‘U-turn’ sokong Anwar jadi PM?
- Kenyataan anti-Kristian: Muhyiddin tak layak jadi PM, orang Sarawak bimbang kerjasama dengan PAS
- Dulu ‘Asal bukan Umno’, kini ‘Asal bukan Pas’
Join our Telegram Channel