KUALA LUMPUR, 21 Nov — Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang dianggotai PDP, akan menunggu sebelum memutuskan rakan kongsi untuk membentuk kerajaan persekutuan.
The Star melaporkan Tiong berkata memandangkan Barisan Nasional (BN) masih belum membuat keputusan mengenai rakan kongsinya antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), adalah bijak untuk mengelakkan kebuntuan politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia.
“Mereka perlu mencari jalan sendiri untuk menyelesaikannya, kenapa kita mahu terlibat? Sudah tentu, untuk GPS kita akan berbincang sesama sendiri dan perdana menteri akan membuat keputusan muktamad,” katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri Sarawak, merujuk kepada Tan Sri Abang Johari Openg.
Tiong dilaporkan berkata bahawa sikapnya adalah kerana tiada siapa yang menunjukkan dengan jelas bahawa ia mempunyai bilangan yang diperlukan untuk membentuk majoriti mudah.
“Katakanlah BN tidak bekerjasama dengan PN, PM tidak akan dapat membentuk kerajaan walaupun dengan sokongan GPS.
"Mereka ada masalah, kita biarkan mereka selesaikan dulu sesama mereka," tambahnya.
PDP ialah satu daripada empat parti komponen dalam GPS bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Semalam, Abang Johari berkata GPS akan bekerjasama dengan PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.
Beliau juga berkata gabungan itu menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri ke-10.
Bagaimanapun, presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sejak itu menafikan BN mengadakan rundingan dengan GPS untuk persetujuan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya dengan PN.
Majlis Tertinggi BN juga tidak dapat membuat keputusan hari ini mengenai gabungan mana yang akan disokongnya untuk membentuk kerajaan persekutuan akan datang, dengan kurang 24 jam berbaki kepada tarikh akhir lanjutan yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membolehkan parti politik membuktikan majoriti mereka dan calon perdana menteri.
ARTIKEL BERKAITAN:
- DAP tak ada masalah bentuk kerajaan dengan BN – Guan Eng
- MP GPS buat ‘U-turn’ sokong Anwar jadi PM?
- Kenyataan anti-Kristian: Muhyiddin tak layak jadi PM, orang Sarawak bimbang kerjasama dengan PAS
- Dulu ‘Asal bukan Umno’, kini ‘Asal bukan Pas’
- PN tak dapat bentuk kerajaan tanpa BN meskipun disokong GPS
- GPS tunggu BN pilih PN atau PH sebelum putus rakan kongsi
- BN tak sokong PH, PN, kekal jadi pembangkang, kata Ismail
- Agong tahu semua MP BN tak sokong Muhyiddin jadi PM
- Tak cukup sokongan: Istana perintah ketua PH, PN menghadap
- Jawatan PM masih kosong dan masih terbuka – Anwar
- Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Muhyiddin tolak
- Dewan Tertinggi BN bermesyuarat malam ini, tandatangani SD – Anwar
Join our Telegram Channel