Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akur terhadap apa jua keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah termasuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.
Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata pendirian itu senada dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif serta melibatkan kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.
Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS juga berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.
“Bagi memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan Pakatan Harapan menang 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), GPS (23), GRS (enam), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.
Keputusan PRU15 menyaksikan tidak ada parti mahupun blok parti politik yang berjaya mendapat majoriti sekali gus menyebabkan Parlimen tergantung. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kenyataan anti-Kristian: Muhyiddin tak layak jadi PM, orang Sarawak bimbang kerjasama dengan PAS
- PN tak dapat bentuk kerajaan tanpa BN meskipun disokong GPS
- Agong tahu semua MP BN tak sokong Muhyiddin jadi PM
- Tak cukup sokongan: Istana perintah ketua PH, PN menghadap
- Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Muhyiddin tolak
- Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Asyraf: PH lebih ‘gentleman’, PN ‘deal’ senyap-senyap curi MP BN, hari ini baru nak jumpa depan-depan
- Kami akan patuh titah Agong tubuh kerajaan perpaduan, kata pemimpin GPS
- Umno junjung titah Agong tubuh kerajaan perpaduan bukan diterajui PN
- GRS akur keputusan Agong wujudkan kerajaan perpaduan – Hajiji
- PN pertimbang kerajaan perpaduan dengan ‘parti sehaluan’ – Hamzah
Join our Telegram Channel