‘Kalau ikut darah panas, banyak dah saya sembelih’ – Zul Huzaimy



Zul Huzaimy tampil berada sebuah pentas parti politik tampil dengan sebuah kenyataan mendakwa negara mungkin tidak benarkan azan serta meminta orang ramai berhati-hati dalam memilih parti politik.

Beliau turut melontarkan kenyataan ektrim dengan menayatakan bahawa jika bukan kerana ada undang-undang, sudah lama kafir harbi di Malaysia akan disembelih olehnya.


“Kafir ni ada dua, zimmi, harbi.

“Zimmi kita kena jaga sebab mereka ikut dan menyokong pemerintahan kita.

“Yang harbi ni, tak reti bahasa ni. 

“Kalau saya ikut darah panas saya, banyak dah saya sembelih, sungguh.”


Kenyataan Zul Huzaimy yang dikongsikan di pentas parti politik ini didakwa ekstrem serta kurang disenangi oleh orang ramai.

Menurut para netizen, terlalu mudah untuk Zul Huzaimy mengucapkan sesuatu yang salah dan beliau seharusnya menggunakan perkataan yang sesuai sewaktu di pentas ceramah politik. – Vocket / cinca.news






Join our Telegram Channel
Telegram