Kuala Lumpur: "Sebenarnya, semua pemimpin Umno perlu bertanggungjawab. Kalau letak jawatan semua lah...bukan presiden saja tetapi termasuk juga saya," kata Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bung Mokhtar memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai keputusan Tan Sri Noh Omar meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan desakan kepimpinan tertinggi Umno untuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur kerana kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)
"Ini (keputusan) sejarah terburuk Umno namun kita perlu menerima hakikat rakyat menolak kita.
"Tak mengapa, kita menawarkan kestabilan dan kemakmuran, rakyat tolak jadi kita berusaha cara lain," katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.
Kehadiran Bung Moktar dan pemimpin Umno di ibu pejabat parti itu adalah bagi menghadiri beberapa siri mesyuarat termasuk mesyuarat Biro Politik Umno dan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT).
Berhubung kemungkinan ada gabungan dengan parti pasca PRU-15, Bung Moktar memaklumkan perkara itu belum diputuskan lagi.
Bagaimanapun, Bung Moktar mengakui Umno dan Barisan Nasional memerlukan perubahan dan nafas baru demi kelangsungan parti.
"Kita akan menentukan hala tuju cuma belum putuskan lagi (gabungan). Tiada perbincangan lagi.
"Setiap parti perlu transform (berubah). Senario PRU (pilihan raya umum) kali ini berbeza dengan yang lalu jadi sebab itu kita kena berani mati.
"Ini bermakna kepimpinan akan bertukar ganti. Kita akan pastikan Umno atau BN akan beri nafas baharu kepada rakyat di bawah.
"Kita akan memikirkan cara terbaik memastikan parti survive (bertahan)," katanya.
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir dengan situasi kerajaan tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- #PRU15: Tiada parti peroleh majoriti mudah kerusi Parlimen, kata Pengerusi SPR
- Calon heavyweight yang tewas #PRU15
- #PRU15: Rekod terburuk BN
- BN kalah teruk #PRU15, MB Johor gesa Zahid letak jawatan
- 369 calon hilang wang deposit termasuk Dr M, Mukhriz
- PRU15: PN mungkin gabung BN, GPS dan GRS bentuk kerajaan
- Muhyiddin, Hadi bertemu Abang Johari bincang tubuh k'jaan
- Ketua penerangan Umno pula gesa Zahid berundur
- Akar umbi Umno gesa Zahid, Tok Mat berundur
- Kalau letak jawatan semua lah...bukan presiden saja – Bung Moktar
- #PRU15: Senarai penuh pemenang kerusi Parlimen
- Jangan takut, mari jadi pembangkang, kata Isham
Join our Telegram Channel