KOTA KINABALU: Walaupun tidak ramai menghadiri pelancaran Pejuang Sabah di sini, tetapi bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yakin parti itu mampu memenangi hati rakyat Sabah pada pilihan raya umum ke-15.
“Ia tidak mencerminkan sokongan sebenar untuk parti di sini. Ramai yang sibuk berkempen. Saya tidak bimbang,” katanya.
Kurang 200 orang menghadiri pelancaran Pejuang Sabah pada 4 petang tadi, walaupun banyak kerusi disediakan.
Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Mahathir meletakkan 121 calon bertanding kerusi Parlimen di seluruh negara, termasuk 14 kerusi di Sabah.
GTA akan bertanding atas tiket Pejuang kerana gabungan itu belum berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerusi kosong tak bermakna kurang sokongan, kata Dr M
- #PRU15: Dr M ulang pendirian manifesto bukan kitab suci
- Kroni Dr M, Robert Kuok kekal 100 orang terkaya dunia
- GTA ikrar letak ketua hakim negara, SPRM bawah Parlimen
- Silap, ketua hakim negara tak boleh letak bawah Parlimen, kata GTA
- #PRU15: Haram terima BKM Fasa 4 – Dr M
Join our Telegram Channel