Benar, ada konsep "collective responsibility" dalam sesuatu kegagalan.
Benar, UMNO perlu mempertimbang apa langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai angka 112 di PRU15.
Benar, keputusan ini besar dan perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi, bukan mana-mana individu atau kelompok sahaja.
Tetapi,
Sebelum parti hendak bincang atau buat apa-apa keputusan, ada satu perkara yang perlu dilaksanakan dahulu.
Saya sependapat dengan YAB Menteri Besar Johor. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau sebagai individu, saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini - berundur secara terhormat.
Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini.
Atas semangat "collective responsibility" itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar.
Shahril Hamdan
Ketua penerangan Umno
ARTIKEL BERKAITAN:
- #PRU15: Tiada parti peroleh majoriti mudah kerusi Parlimen, kata Pengerusi SPR
- Calon heavyweight yang tewas #PRU15
- #PRU15: Rekod terburuk BN
- BN kalah teruk #PRU15, MB Johor gesa Zahid letak jawatan
- 369 calon hilang wang deposit termasuk Dr M, Mukhriz
- PRU15: PN mungkin gabung BN, GPS dan GRS bentuk kerajaan
- Muhyiddin, Hadi bertemu Abang Johari bincang tubuh k'jaan
- Ketua penerangan Umno pula gesa Zahid berundur
- Akar umbi Umno gesa Zahid, Tok Mat berundur
- Kalau letak jawatan semua lah...bukan presiden saja – Bung Moktar
- #PRU15: Senarai penuh pemenang kerusi Parlimen
- Jangan takut, mari jadi pembangkang, kata Isham
Join our Telegram Channel