Kuala Lumpur: Veteran Dap, Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan gabungan antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan blok Borneo dibentuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri bagi menyelesaikan krisis Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Beliau berkata, dengan pembentukan gabungan itu dapat memulihkan kemerosotan Malaysia dan menjadikan negara ini sebuah negara hebat bertaraf dunia untuk melawan rasuah.
Katanya, Malaysia kini berada dalam era baharu politik gabungan dan gabungan yang dicadangkan ini menjadikan kerajaan mempunyai 190 orang Ahli Parlimen, yang melebihi dua-pertiga dari 222 kerusi Parlimen.
"(Dengan ini) boleh meminda Perlembagaan Malaysia untuk mengembalikan hak-hak Sarawak dan Sabah kepada seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963," katanya dalam kenyataan mengulas situasi politik selepas PRU-15 di dalam blognya, hari ini.
Kit Siang berkata, gabungan Umno-Barisan Nasional (BN) menyaksikan kekalahan terburuknya dalam sejarah dan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu meletakkan jawatan.
Katanya, dengan peletakan jawatan sebagai Presiden Umno/BN akan dapat memberi ruang untuk Umno/BN kembali kepada prinsip asal pembinaan negara yang dipegang oleh empat orang Presiden terawal Umno dan tokoh negara seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; Tun Razak Hussein; Tun Hussein Onn; Tan Cheng Lock; Tan Siew Sin; Dr Lim Chong Eu dan V T Sambanthan.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, beliau sudah menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk memainkan peranan penasihat dan tidak bertanding sebagai calon dalam PRU15.
"Sekiranya mereka dengar nasihat saya, mereka pastinya akan dapat mengelakkan kejadian memalukan semalam.
"Saya mulakan perjalanan politik saya 57 tahun yang lalu dalam hari-hari hegemoni Umno, yang mana keretakan kecil sudah menjadi satu krisis nasional.
ARTIKEL BERKAITAN:
- #PRU15: Tiada parti peroleh majoriti mudah kerusi Parlimen, kata Pengerusi SPR
- Calon heavyweight yang tewas #PRU15
- #PRU15: Rekod terburuk BN
- BN kalah teruk #PRU15, MB Johor gesa Zahid letak jawatan
- 369 calon hilang wang deposit termasuk Dr M, Mukhriz
- PRU15: PN mungkin gabung BN, GPS dan GRS bentuk kerajaan
- Muhyiddin, Hadi bertemu Abang Johari bincang tubuh k'jaan
- Ketua penerangan Umno pula gesa Zahid berundur
- Akar umbi Umno gesa Zahid, Tok Mat berundur
- Kalau letak jawatan semua lah...bukan presiden saja – Bung Moktar
- #PRU15: Senarai penuh pemenang kerusi Parlimen
- Jangan takut, mari jadi pembangkang, kata Isham
- Kit Siang cadang PH, PN, Blok Borneo bergabung, Anwar PM
- MIC Johor gesa Vigneswaran letak jawatan
- 20 MP UMNO sokong Muhyiddin jadi PM – Sumber
- Anwar dakwa miliki 112 kerusi tapi enggan dedah rakan kerjasama
- MCA juga tuntut Zahid letak jawatan
- #PRU15: PH, BN adakan pertemuan hari ini – Sumber
Join our Telegram Channel