PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan berhubung dua persoalan perlembagaan iaitu sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk menyiasat Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tujuh hakim berkata, mereka memerlukan masa untuk membincangkan perkara itu.
Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mendengar hujah kedua-dua pihak pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.
Tiga peguam iaitu Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai memohon mahkamah memutuskan dua persoalan undang-undang iaitu sama ada agensi siasatan jenayah hanya dibenarkan menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang telah digantung tugas.
Persoalan kedua ialah sama ada Pendakwa Raya mempunyai bidang kuasa untuk memulakan atau menjalankan prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat di ketiga-tiga mahkamah.
Peguam terbabit telah memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, SPRM dan kerajaan susulan tindakan agensi itu membuka kertas siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas satu laporan dibuat berhubung dakwaan terdapat sejumlah wang yang tidak dapat dijelaskan di dalam akaun bank Mohd Nazlan iaitu lebih RM1 juta.
Mereka memohon deklarasi bahawa siasatan SPRM ke atas Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.
Mohd Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuh kesalahan rasuah membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020.
Pada prosiding hari ini, Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili ketiga-tiga peguam, berhujah bahawa tindakan SPRM menghebahkan siasatan terhadap Mohd Nazlan tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Kesemua peristiwa itu boleh dianggap sebagai serangan ke atas badan kehakiman meskipun jika ia tidak disengajakan," katanya.
Malik Imtiaz juga berkata, para hakim akan terdedah kepada komplot memalukan agensi siasatan jenayah dan berpotensi didakwa meskipun mereka tidak melakukan kesalahan.
Beliau berkata, siasatan agensi seperti SPRM, yang terletak di bawah Cabang Eksekutif, terhadap seorang hakim mahkamah atasan yang sedang berkhidmat, boleh dianggap sebagai siasatan ke atas badan kehakiman secara keseluruhan.
"Ia akan menjejaskan kebebasan kehakiman dan merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman," katanya sambil menambah mekanisme khusus bagi menangani salah laku kehakiman yang bertujuan memastikan keyakinan awam terhadap badan kehakiman telah diperuntuk di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
"Mekanisme ini membabitkan pendengaran di hadapan sebuah tribunal yang diwujudkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jawatankuasa Etika Hakim(JEC),” katanya sambil menambah tribunal dan JEC terbabit adalah bebas daripada cabang eksekutif serta legislatif.
Malik Imtiaz berkata, langkah memberikan kebebasan dan kuasa tanpa syarat kepada agensi siasatan jenayah untuk menyiasat para hakim akan menimbulkan tanggapan bahawa cabang Eksekutif, melalui badan terbabit, boleh mengenakan tekanan ke atas badan kehakiman bagi tujuan kolateral.
Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin yang mewakili Azam, SPRM dan kerajaan, pula berhujah cadangan pemohon bahawa tiada siasatan serta pendakwaan jenayah boleh dilakukan sehingga atau selepas seorang hakim yang sedang berkhidmat digantung tugas adalah cacat.
Beliau berkata, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang hakim yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada disiasat.
"Jika inilah hujah mereka maka seorang ahli Parlimen atau Perdana Menteri boleh menggunakannya untuk mempertikai sebarang siasatan terhadap mereka,” katanya.
Horng Bin juga berkata, Ketua Hakim Negara boleh dilihat memainkan peranan sebagai penyiasat, pendakwa dan hakim jika beliau perlu memutuskan sama ada satu representasi perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pelantikan tribunal dan penggantungan seseorang hakim yang sedang berkhidmat untuk memberi laluan kepada siasatan serta pendakwaan jenayah.
Beliau menggesa mahkamah agar mengambil notis kehakiman bahawa dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka masih berkhidmat. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Nama Hakim Nazlan, Tengku Zafrul muncul dalam dokumen 1MDB dan 8.5 billion saham Tanjung Energy Group
- Hakim Nazlan telah hilang kelayakan dalam perbicaraan Najib, dakwa Shafee Abdullah
- Hakim Nazlan hilang kelayakan, kes Najib akan dibicarakan semula
- Saya tak terkejut jika Nazlan pernah jumpa Jho Low – Shafee Abdullah
- PANAS: Nama Hakim Nazlan muncul lagi dalam dokumen 1MDB, terlibat dalam cadangan penubuhan SRC
- PANAS: Tular isu Nazlan sedang disiasat kerana terima RM 1 juta dari Jho Low
- Raja Petra dedah polis selesai siasat Nazlan, buka semula siasatan tersebut
- TERKINI: SPRM siasat Hakim Nazlan
- Isu RM 1 juta dalam akaun Nazlan, Najib berhak dibicarakan semula hakim lain
- PANAS: Nama Hakim Nazlan muncul dalam dokumen Maybank, termasuk salah seorang yang menubuhkan SRC
- Kami ada kuasa siasat pegawai awam, termasuk hakim, kata SPRM
- Tular gaji+elaun Hakim Mahkamah Tinggi lebih RM45 ribu, tol minyak percuma, cuti luar negara, netizen tanya berapa pula gaji+elaun Hakim Nazlan di Mahkamah Rayuan
- Najib mohon batal sabitan kes SRC, Hakim Nazlan ada konflik kepentingan
- PANAS: Lagi bukti Nazlan terlibat skandal 1MDB
- SPRM perlu sah atau nafikan laporan kertas siasatan terhadap Nazlan
- ‘Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan tidak berada dengan AGC’
- Siasatan kes hakim Nazlan: SPRM, AGC perlu beritahu perkara benar, kata Zaid
- Kenapa AG tak dakwa Hakim Nazlan masih misteri – Puad
- “Dedah segera hasil siasatan terhadap Nazlan”, kata bekas Hakim Mah Weng Kwai
- Kertas siasatan Hakim Nazlan berada di tangan SPRM semula
- Kertas siasatan hakim Nazlan selesai, tunggu arahan AG – Azam Baki
Join our Telegram Channel