PETALING JAYA: Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya hanya beberapa minit selepas mengundi hari ini.
Lelaki berusia 79 tahun itu baru sahaja menjalankan tanggungjawabnya di pusat mengundi SJKC Batu 11 di Cheras, Kuala Lumpur, dan dipercayai menaiki keretanya untuk memandu pulang, lapor Sin Chew Daily.
Beberapa orang yang lalu lalang perasan sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu, walaupun tidak jelas apa yang diperhatikan mereka.
Mereka memanggil ambulans tetapi anggota paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel