Pemimpin PH, BN tiba di hotel untuk mesyuarat



PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mula tiba untuk bermesyuarat di hotel Seri Pacific, pagi ini.

Antara yang berjaya dilihat oleh media termasuk Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, lapor Malaysia Gazette.

Presiden Amanah Mohamad Sabu juga dilihat tiba di hotel itu.

Istana Negara telah memberitahu pemimpin parti dan ketua gabungan untuk mencadangkan calon perdana menteri menjelang 2 petang ini. – FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



9.45am: Beberapa pimpinan tertinggi PH dan BN dilihat berada di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Mereka ialah Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Delegasi dari Amanah juga berada di sini terdiri daripada presiden Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub dan ketua menteri Melaka, Adly Zahari.

Mereka dijangka mengadakan mesyuarat hari ini mengenai penubuhan kerajaan baru. – Mkini


KUALA LUMPUR – Hampir semua 30 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) ketika ini sedang berkumpul di Hotel Seri Pacific dekat sini.

Antara yang sudah kelihatan adalah, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Manakala Ahli Parlimen lain yang turut kelihatan termasuk Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sebelum itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifudin Nasation turut kelihatan.

Menurut, Wee Ka Siong, mereka berada di sini selepas mendapat arahan untuk berkumpul dan maklumat lanjut masih belum diketahui.

“Kami diarahkan untuk bertemu di sini, itu sahaja setakat ini,” jelasnya. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram