KUANTAN: Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) negeri bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah semasa dihubungi di sini.
“Ya, PH Pahang bersetuju untuk kerjasama dengan BN Pahang, tetapi kami menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan (PH) pusat,” katanya ringkas.
Kerajaan negeri Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi manakala PH memperoleh lapan kerusi dengan enam daripadanya datang dari DAP, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel