Kajang: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengotakan janjinya untuk tidak menerima gaji yang diterima sebagai Perdana Menteri.
Perdana Menteri berkata, itu langkah pertama yang akan dibuat dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
"Saya umumkan untuk tidak menerima gaji (sebagai Perdana Menteri) sebagai langkah untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
"Saya juga tidak mahu rakyat lihat menteri tanpa mengira parti memikirkan soal gaji, kontrak dan saham," katanya dalam sidang media khas di Rumah Kelab Sungai Long, di sini, hari ini.
Ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan dia bersedia untuk tidak menerima gajinya jika dipilih sebagai Perdana Menteri.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel