KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 28 November ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Katanya, pemberian cuti berkenaan selaras untuk menepati janji dibuatnya.
“Saya bersyukur hari ini keadaan dan keyakinan pelabur berubah, ringgit kukuh, bursa lebih segar. Sebab itu saya putuskan esok tidak cuti umum tetapi diganti dengan Isnin (28 November).
“Saya bincang dengan Ketua Setiausaha Negara dan Seri Paduka (Yang di-Pertuan Agong) kerana saya sudah janji untuk beri cuti pada Isnin dan hari ini dah dibereskan.
“Saya akan menepati janji tetapi dianjakkan pada Isnin minggu depan,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Sungai Long Golf & Country Club di sini hari ini.
Persoalan mengenai cuti peristiwa itu kembali dibangkitkan orang ramai di media sosial susulan pelantikan Anwar.
Rata-ratanya masih menanti jawapan dan pengumuman tentang cuti umum tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel