KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan berbaur ekstrem oleh pelakon, Zul Huzaimy yang tular di media sosial hari ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Kijal, Kemaman pada pukul 2.45 petang tadi.
“Laporan polis tersebut berhubung kenyataan artis (Zul Huzaimy) itu pada suatu program di Kemaman pada 4 November lalu.
“Pengadu ialah seorang peniaga lelaki berusia 40 tahun,” katanya di sini semalam.
Sehubungan itu, Rohaimi memberitahu kertas siasatan dibuka mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan dan 505C akta sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan akan diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” katanya.
Terdahulu Zul Huzaimy memohon maaf menerusi laman Instagramnya gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Undi BN atau PH masuk api neraka – PAS
- ‘Undi BN, PH masuk neraka’, pemimpin PAS mohon maaf
- Muhyiddin kesal, mohon maaf fatwa PAS undi BN, PN masuk neraka
- Kenyataan ‘undi BN, PH masuk neraka’, polis siasat ketua Pemuda PAS Sik
- [Video] ‘Kalau ikut darah panas, banyak dah saya sembelih’ – Zul Huzaimy
- Zul Huzaimy mohon maaf keluar kenyataan berbaur ekstrem
- 'Sembelih kafir harbi' – Pemimpin PN nafi Zul Huzaimy ahli parti
- #PRU15: Ketua Pemuda PAS Sik berehat daripada semua jawatan
- Polis siasat Zul Huzaimy kenyataan ektrem sembelih orang kafir
Join our Telegram Channel