Presiden MIC SA Vigneswaran mengesahkan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi telah
menghantar surat kepada Istana Negara menyatakan sokongan ahli parlimen BN
kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana
menteri.
“Beliau (Zahid) mengaku menghantar surat itu selepas 10 ahli parlimen BN
menarik balik sokongan mereka kepada (Pengerusi Perikatan Nasional) Muhyiddin
(Yassin) dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,” katanya kepada
Malaysiakini petang ini.
Terdahulu, unit komunikasi BN menafikan surat yang telah tersebar itu.
Walaupun surat itu menyebut 30 ahli parlimen, Malaysiakini mengetahui hanya 28
yang menandatangani akujanji itu sebelum pilihan raya umum (PRU) untuk memberi
mandat kepada Zahid mengadakan perbincangan membentuk kerjasama dengan
gabungan lain.
Dua yang tidak menandatangani akujanji itu ialah Timbalan Presiden Mohamad
Hasan dan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.
Menurut sumber PH, termasuk 28 ahli parlimen, gabungan itu mempunyai 116
kerusi, yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Sementara itu, sumber BN mendakwa surat itu telah menyebabkan ketegangan
mesyuarat majlis tertinggi gabungan itu malam tadi dan terdapat percubaan
untuk memecat Zahid sebagai pengerusi.
Bagaimanapun, ia dihalang apabila ahli parlimen Umno yang menunggu di luar
memasuki bilik mesyuarat.
Bagaimanapun, Vigneswaran enggan mengulas mengenai perkara ini.
Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat itu juga
membincangkan tawaran PH kepada BN jika mereka menyokong Anwar sebagai perdana
menteri.
“Antara tawaran itu ialah jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio kanan
kabinet lain, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia
dan Kementerian Pengangkutan,” tambah mereka.
Ketika laporan ini ditulis, pemimpin BN sedang bertemu dengan Muhyiddin di
Hotel St Regis di Kuala Lumpur sebelum membuat keputusan.
Semalam, Muhyiddin menolak saranan Agong agar PN dan PH membentuk kerajaan
perpaduan.
Awal hari ini, Zahid mendedahkan bahawa Seri Paduka telah meminta BN menjadi
sebahagian daripada kerajaan perpaduan semasa menghadap beberapa wakil
gabungan itu di Istana Negara.
ARTIKEL BERKAITAN:
- DAP tak ada masalah bentuk kerajaan dengan BN – Guan Eng
- MP GPS buat ‘U-turn’ sokong Anwar jadi PM?
- Kenyataan anti-Kristian: Muhyiddin tak layak jadi PM, orang Sarawak bimbang kerjasama dengan PAS
- PN tak dapat bentuk kerajaan tanpa BN meskipun disokong GPS
- GPS tunggu BN pilih PN atau PH sebelum putus rakan kongsi
- BN tak sokong PH, PN, kekal jadi pembangkang, kata Ismail
- Agong tahu semua MP BN tak sokong Muhyiddin jadi PM
- Tak cukup sokongan: Istana perintah ketua PH, PN menghadap
- Jawatan PM masih kosong dan masih terbuka – Anwar
- Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Muhyiddin tolak
- Dewan Tertinggi BN bermesyuarat malam ini, tandatangani SD – Anwar
- BN dalam tempoh bertenang, mohon tangguh menghadap Agong
- Polis Perak sahkan dakwaan 'rusuhan' di pejabat UMNO Lenggong adalah palsu
- 23 Ahli Parlimen GPS diminta menghadap Agong
- 30 MP BN terus ke Istana Negara
- Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Ahli Parlimen BN di St Regis untuk dengar cadangan PN
- Presiden MIC sahkan Zahid hantar surat ke istana sokong Anwar, cukup kerusi PH-BN bentuk kerajaan
- Asyraf: PH lebih ‘gentleman’, PN ‘deal’ senyap-senyap curi MP BN, hari ini baru nak jumpa depan-depan
- Kami akan patuh titah Agong tubuh kerajaan perpaduan, kata pemimpin GPS
Join our Telegram Channel