Presiden Warisan, Shafie Apdal memohon maaf kerana menggunakan perkataan yang menyinggung masyarakat Cina semasa berkempen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Saya minta maaf, saya agak emosi.
"Saya minta maaf... saya tidak bermaksud untuk menghina (masyarakat Cina). Saya konsisten dalam memperjuangkan semua kaum tidak kira sama ada mereka Cina, India, Iban, Murut, Kadazan dan kaum lain," katanya seperti dilapor New Straits Times.
Dia berkata demikian semasa kempen di Kemabong di Tenom, Sabah, hari ini.
Shafie beberapa kali semasa kempennya, membidas Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dengan mengatakan bahawa "satu ekor Cina pun tiada jadi menteri" walaupun menjadi sebuah gabungan politik.
Menurut Shafie lagi, sebagai seorang pemimpin, dia bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat, bukan untuk memburuk-burukkan dan melemahkan semangat sesiapa.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel