Kota Bharu: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang masing-masing penyandang kerusi Parlimen Bachok serta Tumpat tidak tersenarai untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pada majlis pengisytiharan calon PRU-15 PN Kelantan hari ini, Pengerusinya Datuk Ahmad Yakob mengumumkan kerusi Bachok ditandingi Muhamad Shahir Che Sulaiman.
Calon bertanding kerusi Tumpat pula adalah Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi.
Pengumuman itu sekali gus mengesahkan khabar angin sebelum ini bahawa kedua-dua pemimpin PAS berkenaan digugurkan.
Dalam pada itu, PN Kelantan menampilkan enam muka baharu untuk bertanding pada PRU-15, membabitkan empat ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dua daripada Pas.
Ahmad berkata, di bawah tiket PN, sembilan kerusi akan diwakili Pas, manakala Bersatu lima kerusi.
Nama besar Pas iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan masing-masing mempertahankan kerusi Kubang Kerian dan Kota Bharu.
Selain itu, Datuk Zailah Mohd Yusuff di Rantau Panjang, Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas), Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa) dan Datuk Mumtaz Md Nawi (Tumpat).
Datuk Nik Mohamad Zawawi Salleh dicalonkan untuk Pasir Puteh, Muhamad Syahir Che Sulaiman (Bachok) dan Abdul Latif Abdul Rahman (Kuala Krai).
ARTIKEL BERKAITAN:
- Khairuddin seru ahli PAS undi BN, bukan PN
- Hadi ke Iran sebelum tolak kerjasama dengan Umno, kekal bersama PN – Khairuddin
- Netizen teruja lihat bulan biru di FB Nik Abduh
- Kianat PAS dilaknat Allah – Hadi
- #PRU15: Nik Abduh, Che Abdullah tanding tiket BN?
- Sumber: BN 'simpan' Tumpat, Kuala Nerus untuk Che Lah dan Khairuddin
- #PRU15: PN gugurkan Nik Abduh, Che Abdullah
- Che Abdullah sah jadi calon BN di Tumpat
Join our Telegram Channel