TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan baginda tidak
pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti di dalam gambar yang tersebar
di media sosial.
Baginda menerusi muat naik di laman Facebook HRH Crown Prince pada Khamis
bertitah, ia merupakan satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan
oleh pihak tidak bertanggungjawab di pelbagai aplikasi media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office)
sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu
tersebut.
Titah baginda, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda
ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office
atau di laman sosial rasmi baginda sahaja.
“Kenyataan palsu ini sudah beberapa kali disebarkan di dalam media sosial dan
ia masih berterusan sehingga ke hari ini (Khamis). Saya telah menitahkan Royal
Press Office untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini,” titah
baginda.
ARTIKEL BERKAITAN:
- #PRU15: PN tak akan beri laluan kepada Annuar di Parlimen Ketereh
- 'Saya calon daripada Allah' – Khlir
- Rusuhan di Tenom selepas pencalonan Peter Anthony ditolak
- Calon PH Masjid Tanah hina Melaka
- 'Saya calon daripada Allah' – Khlir
- Kerusi kosong tak bermakna kurang sokongan, kata Dr M
- #PRU15: Dr M ulang pendirian manifesto bukan kitab suci
- TMJ nafi hantaran ‘tolak Umno sebagai sampah’, laporan polis menyusul
- Hilang deposit #PRU14 bukan ukuran ditolak, kata calon PN Muar
Join our Telegram Channel