‘Undi BN, PH masuk neraka’, pemimpin PAS mohon maaf



PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS memohon maaf susulan memberi amaran kepada pengundi akan “masuk api neraka” jika memilih Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), berbanding Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Semalam, tular rakaman Ketua Pemuda PAS Sik Shahiful Nasir berhubung ucapannya itu.

Dalam video dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda PAS Sik, Shahiful mengemukakan permohonan maaf, sambil mengakui kenyataan dibuat menyinggung ramai pihak.


“Berkenaan syurga dan neraka bukanlah ditentukan hanya kepada penyokong BN dan PH, tetapi dia melibatkan secara umum yang melakukan kebaikan atau pun kejahatan. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan yang ucapan yang telah saya sampaikan.

“Saya memohon untuk dihentikan segala bentuk sebaran video itu bagi menjamin keharmonian dan perlawanan PRU15, agar PRU kali ini medan yang bebas daripada isu perkauman dan agama yang melampau,” katanya.

Ucapan “menerakakan” pengundi itu mengundang kecaman ramai dengan warganet menyindir Shahiful yang dikatakan seorang ustaz. – FMT
Join our Telegram Channel
Telegram