HULU SELANGOR: Dua lagi mayat, yang dipercayai milik seorang ibu dan anak perempuannya, ditemui di tapak perkhemahan yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kedua-dua mayat itu ditemui saling berpelukan di sektor C, lokasi sebuah tapak perkhemahan yang dikenali sebagai Riverside.
“Kedua-duanya ditemui pada 4.40 petang. Mereka saling berpelukan. Kami percaya mereka adalah ibu dan anak perempuannya.”
Untuk rekod, keadaan tanah runtuh di Riverside tidak begitu teruk berbanding tapak perkhemahan di Hillview dan Farmview yang musnah sama sekali.
Penemuan dua mayat itu menjadikan keseluruhan angka korban meningkat kepada 18 orang.
Dianggarkan 15 lagi mangsa belum ditemui, dengan pasukan mencari dan menyelamat giat mengesannya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Tanah runtuh: 92 mangsa ditemui, 8 maut (10 gambar)
- Korban tanah runtuh meningkat 16 orang
- Tanah runtuh: Lebih 20 guru SJKC Mun Choong antara mangsa
- 2 lagi mayat ditemui saling berpelukan, jumlah 18 orang maut
- Angka korban tanah runtuh kini 21 orang, kata TPM
- Anwar umum bantuan RM10,000 kepada waris mangsa korban
- Tanah runtuh: 2 lagi mangsa ditemui, jumlah 23, 10 masih belum ditemui
- Kawasan bencana tanah runtuh terlalu bahaya, NGO tak dibenar masuk, media dikawal
Join our Telegram Channel