Angka korban tanah runtuh kini 21 orang, kata TPM



HULU SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan angka korban akibat kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali meningkat kepada 21 orang.

Beliau dalam kenyataan berkata, anggota penyelamat masih mencari baki 12 mangsa yang hilang.


“Kita harap ada mangsa yang masih selamat,” katanya yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Berdasarkan siasatan awal, Zahid berkata, tragedi tanah runtuh itu mungkin berpunca daripada dua pergerakan air di bawah tanah.


Join our Telegram Channel
Telegram