Annuar tubuh NGO Muafakat Nasional
PETALING JAYA: Setiausaha Akhbarnya, Tun Faisal Ismail Aziz memberitahu FMT, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebenarnya menubuhkan sebuah NGO.
Annuar disenaraikan sebagai presiden pertubuhan itu.
Di Facebook, Annuar berkongsi tangkap layar sijil pendaftaran Muafakat Nasional, senarai ahli jawatankuasa, lambang, dan kemeja-T.
Kebetulan, Muafakat Nasional merupakan nama pakatan antara Umno dan PAS yang dibentuk selepas PRU14. Nasib pakatan itu terkubur susulan perselisihan antara kedua-dua parti berkaitan Bersatu.
Shahidan tubuh NGO perpaduan ummah
ARAU – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan perpaduan ummah bagi membela rakyat di seluruh negara.
Menurut Shahidan, NGO itu didaftarkan dua minggu lalu dan akan dilancarkan dalam masa terdekat.
“Kita membuka keahlian kepada semua individu yang berminat untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan termasuk daripada mana-mana parti sekalipun bagi membela rakyat.
“Buat masa sekarang, terdapat keahlian daripada Pas dan Bersatu yang mana saya turut mempelawa ahli UMNO untuk turut serta dalam pertubuhan ini.
“Jika dahulu, orang UMNO sukar untuk bersama Pas dan Bersatu, kini dengan adanya platfom NGO seperti ini, mereka tidak perlu rasa takut untuk bersama membela rakyat yang memerlukan khidmat dan bantuan,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Katanya, ia adalah satu langkah yang diambil beliau bagi mengukuhkan perpaduan ummah terutama melibatkan Bumiputera Islam supaya terus menabur bakti kepada masyarakat.
Shahidan bagaimanapun belum mendedahkan nama sebenar NGO itu.
“Buat masa sekarang, ramai yang menyatakan minat untuk menyertai pertubuhan perpaduan ummah ini termasuk daripada pelbagai golongan profesional seluruh negara.
“NGO ini juga dirangka dengan struktur organisasi mirip parti politik bagi melaksanakan program dengan lebih efektif termasuk aktiviti sukarelawan di luar negara,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN;
- Annuar tubuh NGO Muafakat Nasional, Shahidan tubuh NGO perpaduan ummah
- Lebih 10,000 mohon sertai Muafakat Nasional, kata Annuar
- Zuraida sertai Muafakat Nasional pimpinan Annuar
- Redzuan, Khairuddin sebaris dalam pimpinan Muafakat Nasional
- Lebih 10,000 mohon sertai Muafakat Nasional, kata Annuar
- ‘Tidak sesuai dengan prinsip’, Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional
- Peminat bimbang, Ummi Nazeera tarik diri dari Muafakat Nasional
- Zuraida, Redzuan dilantik timbalan presiden Muafakat Nasional
Join our Telegram Channel