Anwar menteri kewangan, Zahid dan Fadillah jadi TPM, Saifuddin menteri KDN



Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya yang turut dianggotai oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri

Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga dilantik sebagai timbalan perdana menteri.


Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan Zahid juga menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti.

Anwar pula memegang portfolio kewangan, manakala Saifuddin Nasution pula memegang portfolio menteri KDN,

Senarai penuh barisan kabinet itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku. – Mkini / cinca.news




Join our Telegram Channel
Telegram