SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Perkara itu disahkan oleh sumber parti itu, bagaimanapun menegaskan bekas Perdana Menteri itu kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).
"Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang, kekal sebagai Pengerusi GTA," kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurut sumber itu, satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh Dr Mahathir.
Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pejuang kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Langkawi, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah memperoleh majoriti 13,518 undi menewaskan Armishah Siraj (BN), Zabidi Yahya (PH), Dr Mahathir dan Abd Kadir Sainudin (Bebas). – Sinar
ARTIKEL BERKAITAN;
- Tun M tubuh GTA untuk lawan UMNO pada #PRU15
- GTA yakin menang #PRU15
- 369 calon hilang wang deposit termasuk Dr M, Mukhriz
- Pejuang digesa nilai semula kedudukan dalam GTA
- Ketua Pemuda Pejuang letak jawatan
- Semua Pemimpin Pemuda Pejuang WP letak jawatan
- Dr M letak jawatan Pengerusi Pejuang
- Pejuang ‘dengan penuh tawaduk’ terima keputusan Dr Mahathir undur pengerusi
- Khairuddin letak jawatan hilang keyakinan terhadap Presiden Mukhriz, Pejuang WP bubar
- Pejuang bakal lenyap dengan pengunduran Mahathir, kata penganalisis
- Khairuddin keluar parti Pejuang, bergaduh dengan Mkuhriz
- Mahathir keluar Pejuang
Join our Telegram Channel