Duda ditemui mati tergantung



Putrajaya: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai menggantung diri di kediamannya di Presint 11, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.10 pagi itu, mangsa berstatus duda berusia 43 tahun dilihat jiran tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumahnya.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis menerima panggilan kira-kira 10.22 pagi selepas jiran yang ternampak seorang lelaki tergantung.

Menurutnya, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi terbabit dan memecah masuk ke kediaman mangsa pada10.58 pagi.


Katanya, kematian mangsa disahkan pegawai perubatan Kementetian Kesihatan (KKM).

"Hasil siasatan, jiran memaklumkan kali terakhir melihat mangsa pada Sabtu lalu kira-kira10 pagi dalam keadaan sihat, "katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pasukan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kesan kecederaan.

Katanya, pintu rumah mangsa juga dalam keadaan berkunci dan tiada kesan pecah masuk atau kesan umpil manakala barangan peribadi mangsa juga turut ditemui.


"Mangsa tinggal bersendirian selepas bercerai empat tahun lalu mempunyai tiga orang anak yang tinggal bersama bekas isteri disebabkan mangsa mengalami kesihatan mental, "katanya.

Asmadi berkata, terdapat laporan perubatan daripada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya mangsa mengalami penyakit Bipolar Disorder tahap satu fasa kemurungan dan sedang menerima rawatan di klinik berkenaan sejak September tahun ini.

Katanya, mangsa juga mengambil ubat rawatan jenis Risperidone (ubat yang membantu dengan gejala beberapa keadaan kesihatan mental seperti Skizofrenia).

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, "katanya. – Bharian




Join our Telegram Channel
Telegram