Gabungan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak releven dan hanya membuang masa, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata demikian selepas media melaporkan sekiranya PN bertukar tampuk pimpinan selain dari Tan Sri Muhyiddin, gabungan BN-PN akan dapat direalisasikan.
“Kononnya tanpa Muhyiddin, BN-PN boleh bekerjasama untuk mengambil alih Putrajaya dari Anwar.
“Gabungan BN-PN untuk membentuk kerajaan baru sudah tidak lagi relevan. Tidak perlu difikirkan. Ia membuang masa,” kata Puad dalam satu hantaran di Facebooknya.
Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan yang ketika ini dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang untuk mentadbir negara sehinggalah tamat tempoh Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Dalam masa yang sama, isu gabungan BN-PN sekiranya Bersatu bukan lagi di bawah Muhyiddin adalah satu hal yang mengarut walaupun bertukar pimpinan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
“Muhyiddin dan Hamzah sama sahaja. Dua dua suka tikam belakang. Negara tidak perlu pertukaran kerajaan sebelum PRU16. Ia mesti dihalang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel