PANAS: Hadi tak sengaja dedah H2O salah seorang sain SD sokong Muhyiddin



Satu video ceramah Hadi Awang mula menjadi tular apabila Hadi dengan tidak sengaja mendedahkan nama salah seorang pemimpin Umno yang telah menurunkan tandatangan menyokong (SD) Muhyiddin sebagai perdana menteri beberapa hari lalu.

Di awal video Hadi dengan nada yang sinis telah mengusik Yang di-Pertuan Agong yang kononnya memberikan ‘masa tambahan kepada pasukan lawan untuk menjaringkan gol’  yang mungkin memberikan maksud memberikan masa yang lebih kepada parti dari kerajaan perpaduan hari ini untuk membentuk kerajaan.


Padahal isu itu telah pun dipersetujui oleh semua ahli parlimen sebelum parlimen dibubarkan lagi dengan termeterainya akta anti lompat parti bahawa sokongan ahli parlimen mestilah secara en-bloc melalui presiden parti, bukan dengan cara mencuri ahli parlimen secara senyap-senyap atau melalui pintu belakang dari pasukan lawan.

Selepas itu Hadi dengan nada yang serius telah menceritakan bahawa salah seorang yang menandatangani SD tersebut adalah Hishammuddin Hussein. Bagaimanapun sd-sd tersebut telah gagal membantu Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri.



Barisan Nasional melalui presidennya Zahid Hamidi telah menjunjung titah Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sehingga terbentuknya kerajaan pada hari ini.

Namun Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin telah menolak titah Agong dan memutuskan untuk menjadi pembangkang. – cinca.news



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram