Hakim arah kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya



Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan dan tiga yang lain membayar RM5 juta kepada keluarga mendiang warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006.

Keputusan hakim mahkamah sivil Vazeer Alam Mydin Meera yang memihak kepada keluarga Altantuya pagi ini dibuat 15 tahun selepas tindakan sivil difailkan pada 2007.

Tiga plaintif - Shariibuu Setev dan Altantseseg Sanjaa yang merupakan bapa dan ibu mendiang, serta abang Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal - memfailkan saman RM100 juta.


Saman itu menyasarkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) - Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar - serta penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera. Mahkamah jenayah berasingan mensabitkan Azilah dan Sirul Azhar atas pembunuhan itu dan menjatuhkan hukuman mati pada April 2009. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram