PEMUDA Umno membidas Datuk Seri Mohd Sanusi Md Nor yang merendah-rendahkan orang Melayu ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai, baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Pemuda Umno, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PAS turut memupuk pemikiran rasis dan ekstrim ketika berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) di Padang Serai.
Beliau berkata, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu cemburu melihat perjuangan bukan Melayu di luar negara yang sanggup balik dari China, Taiwan, Singapura, Australia dan Amerika pulang mengundi Pakatan Harapan (PH.
“Sebaliknya, Sanusi menilai maruah pengundi PN, khususnya Melayu Islam, yang meminta-minta wang tambang RM50-RM100, dan menyifatkan mereka sebagai bodoh dan “tahi hidung masin”.
“Apakah Sanusi fikir nilai undi dan perjuangan boleh diukur dengan wang ringgit? Jika tidak, mengapa pula tersebar video menunjukkan PAS memberi wang tambang kepada pengundi dengan syarat bersumpah mengundi PAS pada PRU15 baru-baru ini?
“Bukankah itu menunjukkan PAS sendiri merendah-rendahkan perjuangan dan membeli undi dengan wang ringgit? Semurah itukah pengundi Melayu Islam di pandangan mata Sanusi?” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Mohd Johan berkata, pilihan raya diadakan bagi memberi hak kepada setiap warganegara Malaysia memilih kerajaan yang diyakini mampu mentadbir negara ini dengan baik dalam segenap sudut.
Namun, katanya, PAS jelas membeli undi Melayu Islam dengan syarat sumpah mengundi PAS untuk memenangkan diri pada PRU15 lalu.
“Usahlah PAS merendahkan nilai maruah pengundi Melayu Islam. Hina sangatkah mereka di mata Sanusi?
“Seperkara lagi, usahlah paranoid salahkan pengundi bukan Melayu yang menolak PAS dan tidak memberi undi pada PN.
“Sebaliknya, pendekatan Sanusi yang mirip rasis inilah yang menjauhkan mereka dari PAS dan PN. Apakah Sanusi cuba berlaku ekstrim “chauvinis ultra kiasu” versi PAS?
“Tidak menghairankan jika pengundi Cina pulang dari luar negara untuk mengundi PH. Mungkin itu usaha mereka untuk mengelak keharmonian masyarakat Malaysia dirosakkan oleh pemimpin yang bersikap seperti Sanusi,” katanya.
Syed Mohd Johan berkata, sejak merdeka, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama, kaum dan budaya.
“Jika mahu berceramah politik sekalipun, cubalah untuk suburkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Jadikan pentadbiran Rasulullah SAW di Madinah dulu sebagai model, tidak pula baginda merendahkan maruah golongan Yahudi.
“Padanlah ramai Yahudi yang memeluk Islam. Berbeza sungguh pendekatan Sanusi berbanding Rasulullah SAW,” katanya.
Justeru, Syed Mohd Johan berkata, Kerajaan Perpaduan Nasional ilham Yang di Pertuan Agong inilah bakal mengembalikan semangat Malaysia yang sebenar.
“Melayu Islam menjadi teras memupuk keharmonian berbilang bangsa dan ras serta agama.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Sumpah undi PAS dulu baru dapat duit
- ‘Hang bodoh!’, Sanusi maki pengundi Melayu balik mengundi minta duit minyak
- Menteri KKOM gesa Sanusi disiasat isu pengundi tuntut 'duit minyak'
- Agih wang tunai kepada pengundi PRU15 adalah sedekah – Hadi
- Zahid: Kalau Hadi buat dipanggil sedekah, orang lain buat jadi rasuah
- Beri wang pada pengundi: Niat lebih penting, kata Hamzah
- Budaya ‘sedekah’ sudah jadi darah daging Pas – Razman
- ‘Sedekah’ atau ‘sumbangan’, rasuah tetap rasuah, kata Azam
- Pas lipat gandakan ‘sedekah’ pada 6 PRN, sindir Puad
- SPRM siasat kenyataan Hadi agih wang tunai #PRU15 sedekah
- 'Sedekah' PRU: SPRM kenal pasti 90 individu, rakam keterangan
- PAS sedekah tak kira musim – Hadi
- Dua ketua cawangan PAS dipanggil SPRM – Sumber
Please subscribe
Join our Telegram Channel