Kawasan bencana tanah runtuh terlalu bahaya, NGO tak dibenar masuk, media dikawal



BATANG KALI: Kawasan bencana tanah runtuh diisytiharkan terlalu bahaya untuk dimasuki orang awam, malah media juga terpaksa dikawal.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah berkata pertubuhan swasta tidak akan dibenarkan membantu usaha mencari dan menyelamat di kawasan bencana di Father’s Organic Farm.

Katanya kepada pemberita, NGO tidak dibenarkan masuk kerana pihak berkuasa mendapati kawasan itu masih belum selamat, justeru usaha mencari dan menyelamat mangsa akan dilakukan oleh badan-badan terpilih dan diketuai bomba.


“Bomba akan menentukan siapa dibenarkan masuk kawasan pencarian untuk membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Penerangan turut mengawal kemasukan media ke kawasan bencana. Mulai esok hanya RTM dan Bernama dibenarkan masuk, manakala pemberita dan jurufoto media lain akan masuk selama satu jam secara bergilir.

Jumlah kematian akibat bencana tanah runtuh dilaporkan 24 orang setakat 7.30 malam, dengan sembilan masih belum ditemui. – FMT


Nyawa orang pun PN nak politikkan.


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram